Tunduk Patuh

 

Surat berikut mengandungi pandangan terhadap artikel Dari Sudut Mana ISLAMnya Seseorang?.

 

From: "Yusuff Hashim" 
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Pandangan artikel En. Azahadi
Date: Saturday, May 28, 2005 1:14 AM

Berikutan dari artikel oleh En Azahidi, ingin saya tambah sikit berdasarkan kepada ayat-ayat seperti berikut;

49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak percayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu taati Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." 

49:15. Orang-orang yang mukmin ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar. 

Ada beberapa perkara yang dapat dipelajari dari ayat ini; Orang yang tunduk tidak lah samestinya orang yang beriman atau percayai,. Orang yang tunduk dan mentaati Allah dan Rasulnya, amalan kebaikannya akan diterima. Orang beriman/percayai/mukmin merupakan satu tahap yang lebih tinggi, merekalah orang-orang yang benar.

Sekian padangan saya yang tak seberapa.


Salamun alaikum,

Terima kasih kepada saudara Yusuff Hashim atas pandangan beliau. Setelah membacanya teringat pula tentang sesuatu yang belum lagi disenaraikan di laman web ini, iaitu ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi frasa 'tunduk patuh'.

Tunduk Patuh diterjemah daripada kalimat aslama, iaitu satu daripada sebelas perkataan yang terbit daripada akar sim lam mim. Daripada aslama terbit pula yuslimu, aslim, Islam dan muslim. Kerana ayat-ayat "Islam" dan "muslim" sudah disenaraikan di halaman lain, maka di sini hanya ayat-ayat aslama dan terbitannya, yuslimu dan aslim, sahaja diturunkan. Mereka adalah seperti berikut:

2:112. Ia, sesiapa yang tundukkan wajahnya (mukanya / kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, maka upahnya adalah di sisi Pemeliharanya, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:131. Apabila Pemeliharanya berkata kepadanya, "Tunduk patuhlah", dia berkata, "Aku tundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam."
2:132. Dan Ibrahim wasiatkan anak-anaknya dengan ini, dan Yaakub, "Wahai anak-anakku, Allah telah pilih untuk kamu agama; maka jangan kamu mati kecuali dalam kemusliman."

3:20. Maka jika mereka debat kamu, katakanlah, "Aku tundukkan wajahku (mukaku/kehendakku) kepada Allah, dan sesiapa yang ikut aku." dan katakan kepada orang-orang diberi al-Kitab , dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), "Sudahkah kamu tunduk patuh?" Jika mereka tunduk patuh, mereka dapat petunjuk yang benar, dan jika mereka berpaling, maka bagi kamu hanyalah untuk sampaikan; dan Allah lihat hamba-hamba-Nya.

3:83. Apa, adakah selain daripada agama Allah yang mereka cari, dan kepada-Nya tunduk patuh sesiapa di langit dan di bumi, dengan rela atau benci, dan kepada-Nya mereka akan dikembalikan?

4:125. Dan siapakah lebih baik anutannya daripada orang yang tundukkan wajahnya (kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dan yang ikut agama Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah ambil Ibrahim sebagai seorang sahabat.

5:44. Sesungguhnya Kami telah turunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya; dengannya Nabi-Nabi yang tundukkan diri hakimkan perkara untuk orang-orang Yahudi; seperti dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah saksi-saksi ke atasnya. Maka jangan kamu takut kepada manusia, tetapi kamu takutilah Aku, dan jangan jual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang tidak percaya (kafir).

6:14. Katakanlah, "Adakah aku akan ambil untukku sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah, Pemula langit dan bumi, dan Dia yang beri makan, dan tidak diberi makan?" Katakanlah, "Aku diperintah supaya jadi yang pertama, orang yang tunduk patuh: 'Janganlah kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.'"

6:71. Katakanlah, "Adakah kita akan seru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga mudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah beri petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, 'Datanglah kepada kami!'" Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,

16:81. Dan Allah buatkan untuk kamu lindungan daripada apa dia cipta, dan Dia buatkan untuk kamu, daripada gunung-gunung tempat perlindungan, dan Dia buatkan untuk kamu baju-baju untuk melindungi kamu daripada panas, dan baju-baju untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri. Begitulah Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu supaya kamu tunduk patuh.

22:34. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,

27:44. Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana." Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam."

31:22. Dan sesiapa yang tundukkan wajahnya (mukanya / kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh; dan kepada Allah kesudahan segala perkara.

37:103. Apabila mereka sudah tunduk patuh, dan dia mengayunkannya di atas keningnya,

39:54. Berkesesalanlah kepada Pemelihara kamu, dan tunduk patuhlah kepada-Nya, sebelum azab datang kepada kamu, kemudian kamu tidak akan ditolong.

40:66. Katakanlah, "Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam."

48:16. Katakanlah kepada orang-orang Arab yang ditinggalkan, "Kamu akan diseru terhadap kaum yang mempunyai kekuatan yang sangat untuk memerangi mereka, atau mereka tunduk patuh. Jika kamu taati, Allah akan beri kamu upah yang baik; tetapi jika kamu berpaling, sebagaimana kamu telah berpaling dahulu, Dia akan azab kamu dengan azab yang keras."

49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak percayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu taati Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih."

49:17. Mereka mengiranya sebagai satu budi baik kepada kamu bahawa mereka sudah tunduk patuh! Katakanlah, "Janganlah kamu mengira bahawa keislaman kamu adalah sebagai satu budi baik kepadaku; tidak, tetapi Allah berbudi baik kepada kamu, dengan dia beri kamu petunjuk pada keimanan, jika sekiranya kamu orang-orang yang benar.

72:14. Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang. Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati,

~ Concordance muka surat 1079


Semoga senarai di atas dapat menjelaskan lagi beberapa perkara yang berbangkit.

Antara perkataan lain yang berkait dengan mesej disampaikan oleh saudara Yusuff dan Azahidi adalah Iman dan Mukmin yang sudah pun disenaraikan di ruangan Kalimat Pilihan.

Begitu juga mengenai orang-orang bertakwa, iaitu satu-satunya golongan yang akan masuk Jannah (Syurga). Senarai ayat yang mengandungi perkataan takwa sudah juga diturunkan di ruangan tersebut, di samping sebuah karangan yang berkenaan berjudul Syurga dan orang takwa di ruangan Artikel.

Lantaran itu, terdapat beberapa perkataan yang diguna untuk golongan-golongan dalam Islam. Sama bagi golongan yang bukan Islam seperti tidak percaya atau kafir, fasiq, sekutukan dan sebagainya. Munafik juga dalam golongan yang sama, tapi berada di paling bawah sekali di Api.

Syurga juga berkelas seperti neraka. Kelas-kelas tersebut dihuraikan di dalam karangan Dua kelas Taman. Dua golongan tersebut selanjutnya mungkin terdiri daripada mereka yang berbeza dalam sikap setelah mewarisi Kitab, iaitu golongan yang tidak bersungguh-sungguh, dan golongan yang mendahului dalam kebajikan. Demikianlah difahamkan daripada Peringatan Allah berbunyi,

"Kemudian Kami wariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar." (35:32)

Tentu banyak lagi yang boleh dikatakan mengenai tajuk di atas. Tetapi dirasakan cukup sampai di situ sahaja buat kali ini.

30 Mei 2005
dikemaskini 25.11.10
 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman