Bahagian isteri tidak sama dengan suami -Respond II

 

From: muhammadabdullah84
To: e bacaan <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, November 28, 2008 2:51:33 PM
Subject: Respond-Bahagian isteri tidak sama dengan suami.

Salamun alaikum,

 

Terima kasih tuan pengurus laman kerana telah menjawab dan siarkan permasalahan yang saya kemukan. Ternyata ada sebab kenapa Tuhan bertindak begitu. Sebagai hambanya yang dhaif tidak semua dapat menggunakan akal yang Tuhan kurniakan dengan sebaik mungkin. Sebab itu, kawan saya (perempuan) bertanyakan masalah tersebut.

 

Dengan jawapan yang tuan berikan, saya dapat merasakan kawan saya itu dapat menerima sebab kenapa Tuhan bertindak sebegitu. Dan saya tidak beranggapan yang beliau begitu berani sehingga disamakan oleh abumuslim seberani iblis yang engkar sujud kepada Adam.

 

Kepada abumuslim, ingatlah bahasa menunjukkan bangsa. Saya rasa tidak sewajarnya abumuslim menuduh beliau dengan sebegitu rupa. Tuhan itu adil, Tuhan itu mengetahui sejauhmana kejujuran kita semua.

 

Sekian, terima kasih

Salamun alaikum,

Terima kasih. Kebenaran yang ditunggu sudah sampai. Lalu kita mempelajari daripadanya, dan esok, entah apa lagi ujian yang menunggu kita.

Tambahan pukul 4.00 petang - surat daripada abumuslim:


From:
Abu Muslim <abumuslim@ymail.com>
To: Tuan Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, November 29, 2008 7:45:26 AM
Subject: Maaf.

Salamun alaikum,

Sampaikan permohonan maaf saya kepada saudara muhammadabdullah84 dan sahabat wanitanya jika tersinggung dengan email saya tersebut. Tidak berniat menyamakan dengan Iblis!! Tetapi perlakuan tidak percaya kepada perintah Allah adalah satu yang amat berat, dan wanita itu pula berkata Allah tidak adil. Ia amat menyedihkan.

Maafkan saya, saya mengaku sedikit emosi apabila membalas email tersebut.

Salam.
 

Salamun alaikum. And they lived happily ever after! - seperti bunyi penutup Fairy Tales kanak-kanak.

E-mel di halaman ini ditambah lagi setelah menerima yang berikut (dikirim kira-kira dua jam selepas di atas diterbitkan):

From: muhammadabdullah84
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, November 29, 2008 6:04:53 PM
Subject: Re: Respond-Bahagian isteri tidak sama dengan suami.

Salamun alaikum,

 

Terima kasih kepada semua. Saya dah bagi tau kepada kawan (perempuan) supaya buka laman e-bacaan. Dia dah baca semuanya. Dia dah baca penjelasan daripada tuan pengurus laman. Katanya, "Kenapa dia tak terfikir sebagaimana tuan berfikir? Saya kata, "kalau semua manusia mempunyai pemikiran yang sama, sudah tentu Tuhan tak jadikan syurga dan neraka".

 

Terima kasih sekali lagi. 

Salam

Salamun alaikum. Alhamdulillah. Terima kasih.

Teringat satu peristiwa lama yang tidak sama. Seorang wanita Islam (isteri seseorang dan dikatakan berada pula) telah bertanya mengapa Tuhan membenarkan suami mempunyai lebih daripada satu isteri sementara si isteri pula tidak dibenarkan mempunyai lebih daripada satu suami pada satu masa. Maksudnya, Tuhan tidak adil.

Satu lagi soalannya ialah mengapa Tuhan tidak membenarkan menyembah selain daripada-Nya, lalu jadikan Dia a jealous God.

Segala penjelasan tidak diterima, kemudian dia bangun dan tinggalkan rumah kami, mungkin sebelum minuman dihidangkan. Atau tinggalkan tanpa menjamah hidangan, kami tidak ingat. Yang pasti, pertemuan itu singkat.

Peristiwa itu menyedihkan.

"Sesungguhnya Kami tahu bahawa ia sedihkan kamu, apa mereka kata; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka dustakan, tetapi orang-orang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka sangkal." (6:33)


29.11.08 dan 30.11.08

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman