Penyembuhan &
Saksi
From: oniesaifura
To: Ebacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, October 3, 2011 4:40 PM
Subject: Penyembuhan!
Salamun a'laikum..
Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah, para pencinta kebenaran dan para pelawat laman makanan rohani ini.. Khusus nya kaum mariam.Semoga kita semua sentiasa berada didalam pengasihan Allah.
17:82. Dan Kami turunkan daripada al-Qur'an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian.
Jelas tergambar pada kenyataan diatas, al-Quran ini adalah satu penyembuhan, penawar yg paling mujarab, Dan pengasihan Allah jelas tergambar disetiap bait2 ayat Nya kepada para mukmin yg berserah diri kepada Nya. Disitulah terletak syifa' nya.
Tetapi bagi orang2 yg zalim, sangkal ayat2 Tuhan, enggan menerima kebenaran, takut berpegangteguh pada 1 kitab sahaja, hanya ambil sebahagian Dan tinggalkan sebahagian yg lain nya, sudah tentu tidak merasakan bahawa al-Quran ini satu penyembuhan penyakit didalam dada. Kerana Hanya mampu menghafal ayat bukan laksanakan perintah ayat tersebut.
T.kasih diatas artikel 29hb sept dan 2hb oktober. Amat menyembuhkan!
Satu Tuhan, satu kitab, satu umat pasti bertemu pencipta mu !!
Allah disanjung!
Salamun alaikum,
Artikel dimaksudkan penulis ialah Kepuasan hati Allah dan Kepuasan hati Manusia yang dikatakan telah menyembuhkannya. Alhamdulillah!
Daripada ayat diturunkan itu dapat disyaki sakit yang menimpa, dan sakit itu disebabkan tindakan orang-orang zalim yang sangkal ayat-ayat Allah apabila disampaikan kepada mereka.
Namun, apa yang dapat dilihat dengan jelas daripada kiriman di atas ialah satu penyaksian terhadap kebenaran ayat Allah. Sebagai peringatan dipetik antara ayat-ayat menyentuh kesaksian tersebut berbunyi,
"Dan apabila mereka dengar apa diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata-mata mereka mencucurkan air mata kerana mereka kenali yang benar. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami percaya, maka tuliskanlah kami antara para saksi.
Tidakkah kami patut percayai Allah, dan yang benar yang datang kepada kami, dan inginkan supaya Pemelihara kami masukkan kami berserta kaum yang salih?"
Dan Allah ganjari mereka kerana apa yang mereka mengatakan, dengan taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang-orang buat baik." (5:83-85)"Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang tegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian jangan ikut keinginan kamu supaya kamu tidak buat adil; kerana jika kamu putarbelitkan, atau kamu palingkan, maka sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat." (4:135)
"Dan orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, merekalah orang-orang yang benar, dan orang-orang yang jadi saksi (syahid) di sisi Pemelihara mereka; bagi mereka adalah upah mereka, dan cahaya mereka. Tetapi orang-orang tidak percaya, dan dustakan ayat-ayat Kami, merekalah penghuni-penghuni Jahim." (57:19)
Teruskan jadi saksi di sisi Allah!
Allah disanjung!
4.10.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman