Respon- Ayat 73:4 Bacaan Sebenar
From: terfikirmungkin
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, May 11, 2012 4:13 PM
Subject: Respon: Ayat 73:4 Bacaan Sebenar
Salamun alaikumSemoga tuan dan keluarga sentiasa dalam kesejahteraan dan dipayungi rahmat Allah sentiasa.
Merujuk email dari saudara Razi bertajuk: Ayat 73:4 Bacaan Sebenar, saya ingin beri sedikit pendapat tentang pandangan beliau menjurus ke arah pembacaan al-Quran dalam bahasa Arab yang betul seterusnya penggunaan bahasa Arab dalam solat.
Pembacaan al-Quran dalam bahasa Arab yang betul:
Saudara Razi, tidak sama sekali dinafikan, seperti yg diperjelas oleh Tuan Pengurus laman, bahawa sememangnya bahasa Arab itu adalah bahasa terbaik di dunia, senang diterjemah malah mengandungi maksud yg tepat. Namun, sila perhatikan firman Allah:
39:23. Allah turunkan hadis paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.
Dalam ayat 39:23 di atas, jelas Allah berfirman bahawa al-Quran itu adalah petunjuk atas izinNya, namun kiranya seseorang tidak memahami maksud bacaan, bagaimana agaknya petunjuk2 itu hingga menggentarkan kulit orang-orang yang takut pada Pemelihara mereka? Pembacaan sebenar adakah merujuk hanya sekitar makhraj (panjang pendek) dan tajwid semata2? Bagaimana dengan ayat2 yang sudah diterjemah dengan teliti, bukankah itu bacaan yang sebenar? Mungkin terdapat 2 jenis bacaan iaitu 1- bacaan yg mengandungi ilmu, difahami dan jadi pedoman atau 2- bacaan kosong utk menghilangkan bosan atau menghabiskan waktu, jadi membaca al-Quran adalah dikategori mana? Sekiranya ia dalam kategori pertama, maka tentulah bacaan itu perlu difahami, sebelum ia jadi pedoman dan petunjuk. Lainlah kalau ia berada dalam kategori kedua, jadi sesuatu pekerjaan yg sia-sia dan membazir. Firman Allah:
40:43. Tidak syaklah bahawa kamu seru aku kepada yang tiada seruan untuknya, di dunia dan tidak juga di akhirat, dan kepada Allah kita kembali, dan bahawa orang-orang yang membazir (berlebihan) adalah penghuni-penghuni Api.
Dalam ayat di atas Allah menyatakan bahawa orang2 yang membazir itu adalah orang2 Api. Bukankah aktiviti seperti bertadarus menjelang bulan ramadhan (sekadar ambil satu contoh) itu adalah satu pembaziran? 90% daripada pembaca dan pendengar hanya melopong menganga membaca dan mendengar hingga ada di antara mereka terhenjut2 terlelap, adakah petunjuk yg menggentarkan kulit mereka yg berada sekitar majlis tersebut? Sedangkan matlamat utama majlis tersebut adalah utk mengingati Allah! Disyaki amalan ini diperkuat oleh firman Allah:
2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza.
selain dari hadis2 buatan manusia lainnya. Namun berdasarkan ayat di atas, bagaimana pula petunjuk dapat dijadikan bukti dan pembeza kepada manusia (sekitar majlis tadarus yg dipenuhi org2 yg terhenjut2 terlelap, misalnya), sedangkan makna dan kefahaman serta maksud tidak sampai kepada mereka?
Solat 'have to be' dalam bahasa Arab:
Firman Allah:
8:35. Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanya siulan dan tepukan tangan; maka kamu rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu!Kenapa solat mereka hanya jadi siulan dan tepukan tangan sahaja? Sedangkan kira2 beratus ribu umat manusia yg beragama Islam bersolat disekitar Rumah Allah, tp hanya diketegorikan sebagai tepukan dan siulan semata2. Persoalan ini sebenarnya disokong oleh firman Allah:
36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidak patut baginya. Ia hanya satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.
Ini kerana mereka tidak faham apa yang mereka bacakan, malah mereka melagu2kan sedang firman Allah di atas menjelaskan bahawa syair tidak layak bg sebarang ayat2 Allah. Justeru tindakan susulan mereka melagu2kan malah tanpa sebarang pengetahuan dalam pembacaan mereka, seterusnya jadi hanya siulan dan tepukan tangan malah jadi sesuatu yg sia2. Ingatlah firman Allah dalam 40:43 tadi..
Membaca dan memahami adalah perkara yang berlainan:
Seperti yg diutarakan di atas tentang 2 kategori pembacaan, adakah ianya adalah 2 perkara yang berbeza? Sekiranya, (seperti yang diperjelas oleh Tuan Pengurus), pembacaan yg mengharapkan elemen 'pahala' seterusnya menjurus kepada impak ketidakpercayaan dan kemunafikan, maka benarlah kategori kedua jadi pilihan, seterusnya ia jadi satu yg membazir. Bagaimanakah manusia yang membazir disisi Allah? Ayat 40:43 sekali lagi dirujuk.
Namun pastilah bukan yg kedua, kerana pembacaan yang bermanfaat mestilah dituruti dengan pemahaman, supaya jadi pedoman dan petunjuk agar fungsi pendengaran, penglihatan dan hati dimanfaat dengan sebenar2nya agar tidak dipertanggungjawabkan kelak. Firman Allah:
17:36. Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya
41:20. Sehingga apabila mereka datang kepadanya, pendengaran mereka, dan mata mereka, dan kulit-kulit mereka, menyaksikan terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah buat,
Demikianlah sedikit dari saya, maafkan kiranya menyinggung dan tersalah kata. Akhirkata, Firman Allah:
3:147. Tiada lain mereka kata kecuali ucapan mereka, "Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya."
Salamun alaikum.
Allah Di Sanjung!
Salamun alaikum,
Terima kasih atas respon yang pantas. Respon secepat itu kadangkala digerakkan oleh sesuatu yang amat tidak diingini berlaku, tetapi terus dilakukan. Dan ia berniat baik, walaupun isinya dirasai pahit.
Terus dilakukan sebab bahasa Arab sudah dijadikan azimat. Sebutannya jadi penawar, bukan makna atau mesej yang terkandung di dalamnya, seperti dihendaki Allah.
Allah disanjung!
12 Mei 2012
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman