Masa Haji
From: Muhd Shukri
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, February 13, 2013 11:57 PM
Subject: Masa HajiSalamun alaikum
Saya ada sedikit pertanyaan mengenai masa mengerjakan haji menurut Al Quran . Dari petikan artikel tuan bertajuk " haji didalam Al quran " tuan menyatakan haji bermula pada 1 hari bulan atau awal bulan berdasarkan ayat2 Al Quran
“Mereka tanya kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, ‘Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji’” (2:189).
“Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui” (2:197).
“Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia cipta langit dan bumi. Empat daripadanya HARAM (hurum). Itu agama yang betul” (9:36).
Apakah yang tuan maksudkan dengan 1 hari bulan atau awal bulan . Apakah pada awal tiap bulan dari bulan-bulan haram dan jika ini yang di maksudkan bermakna haji dapat dilakukan empat kali dalam setahun . Satu lagi kemungkinan haji boleh dilakukan bila2 masa sepanjang empat bulan haram bermula dari awal bulan pertama hingga akhir bulan keempat .
Saya rasa jika salah satu kaedah diatas digunapakai sudah tentu senarai menunggu bakal2 haji dapat dipendekkan dan lebih ramai dapat mengerjakan haji setiap tahun disamping kos haji juga dapat di jimatkan dengan banyak .
Oleh itu saya inginkan pandangan tuan tentang masa haji diatas jika dipraktikkan apakah dibolehkan menurut Al Quran .
Sekian , terima kasih .
Allah Disanjung .
Salamun
alaikum,
Hari-hari dalam satu bulan dikenali dengan angka, seperti 1hb, 2hb, 3hb dan seterusnya hingga ke akhir bulan. Begitu juga dengan hari-hari dalam seminggu, bermula dengan Ahad (bermakna Satu), Isnin (dengan ejaan bahasa Melayu, bermakna Dua) dan seterusnya hingga Sabtu (atau Sabat, yang bermakna Tujuh), dalam bahasa Arab, iaitu bahasa al-Qur'an.
Maka 1hb adalah permulaan bagi setiap bulan. Permulaan bulan pula sering dipanggil Bulan Baru. Sila lihat kiriman sahabat sipekan mengenainya. Terima kasih.
Bulan Baru, menurut ayat di atas, telah juga ditetapkan Allah sebagai waktu untuk Haji. Justeru, pada hemat kami, peribadatan Haji bermula pada 1hb, seperti amalan Puasa juga.
Kami rasa respon daripada kami memadai sampai di situ sahaja. Terima kasih.
Allah disanjung!
16 Februari 2013
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman