Kalimat zalim di dalam al-Qur'an
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi
perkataan "zalim" dan terbitannya didapati banyak. Maka pengumpulannya dibahagi
kepada tiga, iaitu:
Bahagian 1: ayat-ayat yang mengandungi perkataan zalim sebagai sifat
Bahagian 2: ayat-ayat yang mengandungi perkataan zalim sebagai kata nama
Bahagian 3: ayat-ayat yang mengandungi perkataan zalim sebagai kata kerja
Bahagian 1:
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan:
a. zalim
Hampir kesemua ayat yang mengandungi perkataan "zalim" (sahaja) membawa pertanyaan berbunyi "Siapakah lebih zalim daripada ....?" Maka, di bawah ini diselitkan juga ayat-ayat lain (seperti yang mengandungi frasa orang-orang zalim) yang mengandungi pertanyaan tersebut:
2:114. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang halangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, azab yang besar.
2:140. Atau, adakah kamu kata, 'Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak - mereka adalah orang-orang Yahudi, atau mereka orang-orang Kristian'?" Katakanlah, "Adakah kamu yang lebih tahu, atau Allah? Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang sembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah? Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat."
6:21. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia yang dustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang zalim.
6:93. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, "Aku akan turunkan yang serupa dengan apa yang Allah turunkan"? Jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, "Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap ayat-ayat-Nya."
6:157. Atau, supaya kamu tidak berkata, "Jika Kitab diturunkan kepada kami, tentu kami lebih dapat petunjuk daripada mereka." Sesungguhnya satu bukti yang jelas telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan; maka siapakah lebih zalim daripada orang yang dustakan ayat-ayat Allah, dan berpaling daripadanya? Sungguh, Kami akan balas orang-orang yang berpaling daripada ayat-ayat Kami dengan azab yang jahat kerana palingan mereka.
7:37. Siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada mereka untuk matikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.
7:162. Kemudian orang-orang buat kezaliman antara mereka tukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami utus kepada mereka kemurkaan dari langit kerana perbuatan zalim mereka.
10:17. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang berdosa tidak beruntung.
11:18. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dikemukakan kepada Pemelihara mereka, dan para saksi berkata, "Mereka itulah orang-orang yang berdusta terhadap Pemelihara mereka." Ingatlah, laknat Allah adalah ke atas orang-orang zalim,
18:15. Mereka ini, kaum kami, mengambil untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Dia. Sekiranya mereka datangkan kuasa yang jelas mengenai mereka! Tetapi siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah?"
18:57. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya dahulukan? Sesungguhnya Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan dapat petunjuk selama-lamanya.
26:209. Untuk satu peringatan, dan tidaklah Kami buat zalim.
29:68. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia dustakan yang benar apabila ia datang kepadanya? Apa, tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang tidak percaya?
32:22. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, kemudian dia berpaling daripadanya? Kami akan lepaskan dendam kepada orang-orang yang berdosa.
37:113. Dan Kami berkatinya, dan Ishak; dan daripada keturunan mereka, sebahagian buat baik, dan sebahagian buat zalim yang nyata terhadap diri-diri mereka sendiri.
39:32. Tetapi siapakah lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, dan dustakan kebenaran apabila ia datang kepadanya? Tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang tidak percaya?
2:35. Dan Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini, supaya kamu tidak jadi orang-orang zalim."
2:51. Dan apabila Kami menemujanji dengan Musa empat puluh malam, kemudian kamu ambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang zalim.
2:92. Dan Musa datang kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian kamu ambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang zalim.
2:95. Tetapi mereka tidak akan inginkannya selama-lamanya, kerana apa yang tangan-tangan mereka telah dahulukan; Allah tahu orang-orang zalim.
2:124. Dan apabila Pemeliharanya menguji Ibrahim dengan kata-kata tertentu, dan dia tunaikannya. Dia berkata, "Sesungguhnya Aku buat kamu seorang imam (ketua) bagi manusia." Berkatalah dia, "Dan daripada keturunanku?" Dia berkata, "Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang zalim."
2:145. Namun begitu, jika kamu datangkan kepada orang-orang diberi al-Kitab tiap-tiap ayat, mereka tidak akan ikut kiblat kamu; kamu bukanlah pengikut kiblat mereka, dan bukanlah mereka pengikut-pengikut kiblat satu sama lain. Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, sungguh, kamu termasuk orang-orang zalim.
2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang zalim.
2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian tahan dengan baik, atau lepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa kamu sudah beri mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat lakukan had-had (hudud) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat lakukan had-had Allah, maka tidak salah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itu had-had Allah; jangan mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang zalim.
2:246. Tidakkah kamu renungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "bangkitkan untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang dituliskan bagi mereka, mereka berpaling kecuali sedikit antara mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.
2:254. Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga syafaat (pengantaraan); dan orang-orang tidak percaya - merekalah orang-orang zalim.
2:270. Dan apa sahaja nafkah yang kamu nafkahkan, atau apa sahaja nazar yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya; dan tidak ada penolong bagi orang-orang zalim.
3:57. Bagi orang-orang yang percaya yang buat kerja-kerja baik , Dia akan bayar sepenuhnya upah mereka; dan Allah tidak suka orang-orang zalim."
3:94. Sesiapa yang ada-adakan dusta terhadap Allah setelah itu, mereka itulah orang-orang zalim.
3:128. Tidak ada daripada urusan itu bagi kamu, sama ada Dia terima taubat mereka, atau azab mereka; kerana mereka adalah orang-orang zalim.
3:140. Jika luka sentuh kamu, maka luka yang serupa telah pun sentuh kaum itu, dan harinya itu Kami gilirkan antara manusia, dan supaya Allah tahu orang-orang yang percaya, dan Dia ambil saksi-saksi daripada kalangan kamu; dan Allah tidak suka orang-orang zalim.
3:151. Kami akan lempar ke dalam hati orang-orang tidak percaya ketakutan yang amat sangat, sebab mereka sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa; tempat menginap mereka ialah Api; buruknya tempat tinggal orang-orang zalim!
3:192. Wahai Pemelihara kami, sesiapa Engkau masukkan ke Api, maka sesungguhnya Engkau aibkannya; dan orang-orang zalim tidak ada penolong-penolong.
5:29. Aku hendak supaya kamu dibebankan dengan dosaku dan dosa kamu, dan jadi penghuni-penghuni Api; itulah balasan ke atas orang-orang zalim."
5:45. Dan di dalamnya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan (qisas); tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu penebus. Dan sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang zalim.
5:72. Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata, "Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Berkata al-Masih, "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa sekutukan Allah, Allah akan haramkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang zalim tidak ada penolong-penolong."
5:107. Jika didapati bahawa kedua-duanya benar dengan dosa, maka dua yang lain akan berdiri di tempat mereka, daripada orang-orang yang paling dekat dengan mereka yang berkenaan, lalu mereka bersumpah dengan Allah: "Kesaksian kami lebih benar daripada kesaksian mereka, dan kami tidak mencabuli; jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang zalim."
6:33. Sesungguhnya Kami tahu bahawa ia sedihkan kamu, apa mereka kata; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka dustakan, tetapi orang-orang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka sangkal.
6:52. Dan jangan usir orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, kerana hendakkan wajah-Nya. Tidak ada sama sekali hitungan mereka kepada kamu, dan tidak ada sama sekali hitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut usir mereka, dan jadi antara orang-orang zalim.
6:58. Katakanlah, "Jika apa yang kamu minta disegerakan ada padaku, tentu perkara antara aku dan kamu telah diputuskan, dan Allah sangat-sangat tahu orang-orang zalim."
6:129. Maka Kami jadikan orang-orang zalim sahabat-sahabat satu sama lain, kerana apa yang mereka usahakan.
6:135. Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah kamu mengikut tempat kamu; aku seorang yang beramal. Dan sungguh, kamu akan tahu siapa yang mempunyai tempat kediaman muktamad. Sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung."
7:5. Tidak ada seruan mereka, apabila bencana Kami datang kepada mereka, melainkan mereka berkata, "Kami adalah orang-orang zalim."
7:19. "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang zalim."
7:41. Jahanam jadi buaian mereka, dan di atas mereka, penutup-penutup. Begitulah Kami balas orang-orang zalim.
7:44. Penghuni-penghuni Taman memanggil penghuni-penghuni Api, "Kami dapati apa yang Pemelihara kami janjikan kami adalah benar. Adakah kamu dapati apa yang Pemelihara kamu janjikan kamu itu benar?" Mereka berkata, "Ia." Dan kemudian seorang penyeru antara mereka menyeru, "Laknat Allah adalah ke atas orang-orang zalim,
7:148. Dan kaum Musa ambil untuk mereka selepasnya, daripada perhiasan-perhiasan mereka, Anak Lembu, yang hanya berjasad dan berbunyi seperti lembu. Tidakkah mereka lihat bahawa ia tidak berkata-kata kepada mereka, dan tidak juga beri mereka petunjuk pada sebarang jalan? Namun begitu, mereka mengambilnya untuk mereka, dan merekalah orang-orang zalim.
8:54. Seperti keadaan keluarga Firaun, dan orang-orang sebelum mereka yang dustakan ayat-ayat Pemelihara mereka, lalu Kami musnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun; dan semuanya adalah orang-orang zalim.
9:23. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, jika mereka lebih suka ketidakpercayaan daripada keimanan; sesiapa antara kamu yang jadikan mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
9:47. Sekiranya mereka keluar bersama kamu, tentu mereka hanya menambahkan kamu dalam kerusuhan, dan berlari berulang-alik antara kamu, dengan mencari-cari untuk membangkitkan pertikaian antara kamu; dan antara kamu ada yang akan mendengarkan mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.
10:39. Tidak, tetapi mereka dustakan apa yang mereka tidak tahu pengetahuannya, dan yang interpretasinya belum datang kepada mereka. Begitulah orang-orang sebelum mereka telah dustakan, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang zalim.
10:106. Dan janganlah seru selain daripada Allah apa yang tidak manfaatkan kamu, dan tidak juga mudaratkan kamu, kerana jika kamu buat, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang zalim.
11:31. Aku tidak kata kepada kamu, aku mempunyai perbendaharaan Allah; aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata, aku seorang malaikat. Tidak juga aku kata kepada orang-orang yang mata-mata kamu keji, Allah tidak akan beri mereka sebarang kebaikan; Allah sangat-sangat tahu apa di dalam diri-diri mereka. Sesungguhnya aku, jika begitu, tentulah termasuk orang-orang zalim."
11:83. Ditanda di sisi Pemelihara kamu, dan ia tidak jauh daripada orang-orang zalim.
12:23. Dan perempuan yang di dalam
rumahnya dia (Yusuf) digoda, menutup pintu-pintu. Dia (perempuan) berkata,
"Marilah kepadaku!" Dia berkata, "Pada Allah berlindung! Sesungguhnya
pemeliharaku (tuanku) telah beri aku tempat tinggal yang baik. Sesungguhnya
orang-orang zalim tidak beruntung."
(kisah
Nabi Yusuf)
12:75. Mereka berkata, "Balasannya -
dalam pundi sesiapa ia didapati, maka dialah balasannya. Begitulah kami balas
orang-orang zalim."
(kisah Nabi Yusuf)
12:79. Berkata, "Allah menegah bahawa
kami patut ambil sesiapa sahaja kecuali orang yang kami dapati barang
kami padanya, kerana jika kami buat demikian, tentulah kami jadi
orang-orang zalim."
(kisah Nabi
Yusuf)
14:13. Orang-orang tidak percaya berkata kepada Rasul-Rasul mereka, "Sungguh, kami akan usir kamu daripada bumi kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Kemudian Pemelihara mereka wahyukan mereka, "Sungguh, Kami akan musnahkan orang-orang zalim,
14:22. Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah janjikan kamu satu janji yang benar; dan aku janjikan kamu, kemudian aku mungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku seru kamu, dan kamu sahuti aku. Maka jangan kamu cela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat tolong kamu, dan tidak juga kamu dapat tolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.
14:27. Allah meneguhkan orang-orang yang percaya dengan ucapan yang teguh, di dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; dan Allah sesatkan orang-orang zalim; dan Allah buat apa Dia hendaki.
14:42. Janganlah sangka Allah lalai daripada apa yang orang-orang zalim buat; Dia hanyalah beri tangguh kepada mereka hingga satu hari apabila mata-mata menatap dengan tajam,
15:78. Sesungguhnya penduduk Aikah (hutan belukar) adalah orang-orang zalim.
16:113. Sesungguhnya telah datang kepada mereka seorang Rasul daripada kalangan mereka, tetapi mereka dustakannya; maka mereka diambil oleh azab sedang mereka orang-orang zalim.
17:47. Kami sangat-sangat tahu bagaimana mereka mendengarkannya, apabila mereka mendengarkan kamu, dan apabila mereka berbicara rahsia, apabila orang-orang zalim berkata, "Kamu hanyalah ikut seorang lelaki yang kena sihir."
17:82. Dan Kami turunkan daripada al-Qur'an, satu penyembuhan, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian.
17:99. Tidakkah mereka lihat bahawa Allah, yang cipta langit dan bumi, berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Dia tentukan bagi mereka satu tempoh, yang tiada keraguan padanya; namun begitu, orang-orang zalim menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.
18:29. Katakanlah, "Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang hendak, percaya; dan hendaklah sesiapa yang hendak, tidak percaya." Sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang zalim, api, yang gejolaknya meliputi mereka; jika mereka minta pertolongan, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti leburan tembaga merah, yang melecurkan muka-muka mereka - betapa buruknya minuman, dan betapa buruknya tempat istirahat!
18:50. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia lakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu ambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang zalim!
19:38. Alangkah terangnya mereka dengar dan lihat pada hari mereka datang kepada Kami! Tetapi orang-orang zalim hingga hari ini adalah dalam kesesatan yang nyata.
19:72. Kemudian Kami selamatkan orang-orang bertakwa; dan orang-orang zalim, Kami tinggalkan di dalamnya, sambil melutut.
21:14. Mereka berkata, "Celakalah kami! Kami adalah orang-orang zalim."
21:29. Jika sesiapa antara mereka berkata, "Aku tuhan, selain daripada Dia", maka dialah yang Kami balas dengan Jahanam; begitulah Kami balas orang-orang zalim.
21:46. Jika satu hembusan daripada azab Pemelihara kamu sentuh mereka, mereka tentu akan berkata, "Celakalah kami! Kami adalah orang-orang zalim."
21:59. Mereka berkata, "Siapakah yang lakukan ini terhadap tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia termasuk orang-orang zalim."
21:64. Maka mereka kembali kepada diri-diri mereka sendiri, dan mereka berkata, "Sesungguhnya kamulah orang-orang zalim."
21:87. Dan Zul-Nun, apabila dia pergi dalam keadaan marah, dan sangka Kami tidak berkuasa terhadapnya, kemudian dia panggil dalam kegelapan, "Tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkau disanjung! Sesungguhnya akulah termasuk orang-orang zalim."
21:97. Dan telah dekat janji yang benar, dan tiba-tiba, mata orang-orang tidak percaya menatap dengan tajam, "Celakalah kami! Kami lalai daripada yang ini; tidak, kami adalah orang-orang zalim."
22:53. Supaya Dia buatkan, apa yang syaitan lemparkan, satu cubaan bagi orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.
22:71. Mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang padanya Dia tidak turunkan kuasa, dan apa yang mengenainya mereka tidak ada pengetahuan; dan bagi orang-orang zalim, tidak ada penolong.
23:107. Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami darinya! Jika kami mengulanginya, sungguh, kami akan jadi orang-orang zalim."
24:50. Apa, adakah penyakit di dalam hati mereka, atau adakah mereka ragu-ragu, atau adakah mereka takut bahawa Allah akan berlaku tidak adil kepada mereka, dan Rasul-Nya? Tidak, tetapi mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
25:8. Atau, mengapakah harta simpanan tidak dilemparkan kepadanya, atau kebun (jannah) yang daripadanya dia makan?" orang-orang zalim berkata, "Kamu hanyalah ikut seorang lelaki yang kena sihir!"
25:27. Pada hari orang yang zalim menggigit tangan-tangannya, dengan berkata, "Aduhai, sekiranya aku telah ambil jalan bersama Rasul!
25:37. Dan kaum Nuh, apabila mereka dustakan Rasul-Rasul, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami buat mereka menjadi satu ayat bagi manusia; dan Kami sediakan bagi orang-orang zalim, azab yang pedih.
28:37. Tetapi Musa berkata, "Pemeliharaku sangat-sangat tahu siapa yang datang dengan petunjuk daripada-Nya, dan siapa yang dapat tempat kediaman muktamad; sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung."
28:40. Lalu Kami ambil dia (Firaun) dan tenteranya, dan lempar mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang zalim.
29:14. Sesungguhnya Kami telah utus Nuh kepada kaumnya, dan dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun, kecuali lima puluh; maka banjir ambil mereka sedang mereka orang-orang zalim.
29:31. Dan apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan musnahkan penduduk bandaraya ini, kerana penduduknya orang-orang zalim."
29:49. Tidak, ia adalah ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, di dalam dada orang-orang diberi pengetahuan; dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang zalim.
31:11. Ini adalah ciptaan Allah; maka perlihatkan kepada-Ku apa yang mereka cipta, yang selain daripada Dia! Tidak, tetapi orang-orang zalim adalah dalam kesesatan yang nyata.
34:31. Orang-orang tidak percaya berkata, "Kami tidak akan percayai al-Qur'an ini, dan tidak juga pada yang sebelumnya." Dan, jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim diberhentikan di hadapan Pemelihara mereka, berbalas-balas ucapan antara sebahagian mereka dan sebahagian yang lain! Orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang sombong, "Kalau tidak kerana kamu, tentu kami jadi orang-orang mukmin."
35:37. Di dalamnya mereka menjerit, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan buat kerja-kerja baik , selain daripada apa yang kami telah buat." "Apa, tidakkah Kami beri umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang akan ingat? Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi orang-orang zalim, tidak ada penolong."
35:40. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru, selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta di bumi; atau, adakah mereka satu sekutu di langit?" Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab lalu mereka berada di atas bukti yang jelas daripadanya? Tidak, tetapi orang-orang zalim tidak janjikan satu sama lain melainkan tipuan.
37:63. Kami membuatnya (pokok zaqum) sebagai satu penganiayaan bagi orang-orang zalim.
39:24. Adakah orang yang bertakwa dengan wajahnya (kehendaknya) daripada kejahatan azab Hari Kiamat? Dan dikatakan kepada orang-orang zalim, "Rasalah apa yang kamu telah usahakan!"
40:18. Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.
40:52. Pada hari apabila alasan-alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang zalim, dan bagi mereka laknat, dan bagi mereka, tempat tinggal yang jahat.
42:8. Jika Allah hendak, tentu Dia buatkan mereka satu umat; tetapi Dia masukkan sesiapa Dia hendaki ke dalam pengasihan-Nya; dan orang-orang zalim dapati tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
42:21. Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak izinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang zalim, azab yang pedih.
42:22. Kamu lihat orang-orang zalim dalam ketakutan daripada apa yang mereka telah usahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka; tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , adalah di padang-padang yang cukup pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja yang mereka hendaki, mereka dapati di sisi Pemelihara mereka; itulah pemberian yang besar.
42:40. Dan balasan ke atas kejahatan ialah kejahatan yang serupa dengannya; tetapi sesiapa maafkan, dan betulkan, maka upahnya adalah atas Allah; sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang zalim.
42:44. Sesiapa Allah sesatkan, dia tidak ada wali (pelindung) sesudah itu; dan kamu akan lihat orang-orang zalim, apabila mereka melihat azab, mereka akan berkata, "Adakah sebarang jalan untuk kembali?"
42:45. Dan kamu akan lihat mereka, ketika mereka dikemukakan kepadanya, hina dalam kerendahan hati, melihat dengan gerlingan yang tersembunyi; dan orang-orang yang percaya berkata, "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka sendiri, dan keluarga-keluarga mereka, pada Hari Kiamat; sesungguhnya orang-orang zalim adalah dalam azab yang kekal.
43:76. Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka sendiri adalah orang-orang zalim.
45:19. Sesungguhnya mereka tidak berguna bagi kamu sedikit pun terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang zalim adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; Allah adalah wali orang-orang bertakwa.
49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan diri-diri (sesama) kamu, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
59:17. Kesudahan mereka, kedua-duanya di dalam Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang-orang zalim.
60:9. Allah hanya larang kamu terhadap orang-orang yang memerangi kamu dalam agama, dan mengusir kamu daripada tempat tinggal kamu, dan menyokong dalam pengusiran kamu, untuk kamu jadikan mereka sahabat-sahabat. Dan sesiapa yang jadikan mereka sebagai sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
62:7. Tetapi mereka tidak inginkannya selama-lamanya, kerana apa yang tangan-tangan mereka telah dahulukan; Allah tahu orang-orang zalim.
68:29. Mereka berkata, “Allah disanjung, Pemelihara kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang zalim.”
71:24. Dan mereka telah sesatkan ramai. Janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim kecuali dalam kesesatan!”
71:28. Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”
76:31. Dia masukkan ke dalam pengasihan-Nya sesiapa Dia hendaki; dan orang-orang zalim, Dia sediakan bagi mereka azab yang pedih.
Kebanyakan ayat yang mengandungi frasa "kaum yang zalim" menyatakan bahawa Allah tidak beri petunjuk kepada kaum itu.
2:258. Tidakkah kamu renungkan orang yang debat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah beri kepadanya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, "Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan." Berkata, "Aku menghidupkan dan mematikan!" Ibrahim berkata, "Allah datangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia dari barat!" Lalu orang tidak percaya tercengang. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
3:86. Bagaimanakah Allah akan beri petunjuk kepada kaum tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan saksikan bahawa Rasul itu benar, dan bukti-bukti yang jelas telah datang kepada mereka? Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
5:51. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, sebagai wali (sahabat); mereka adalah wali-wali satu sama lain. Sesiapa antara kamu yang jadikan mereka sahabat-sahabatnya adalah daripada mereka. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
6:47. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa yang dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?"
6:68. Apabila kamu lihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (bicara) yang lain; dan, jika syaitan jadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah mengingatkan bersama kaum yang zalim.
6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu saksi-saksi ketika Allah wasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia sesatkan manusia tanpa sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim."
7:47. Dan apabila penglihatan mereka dipalingkan ke arah penghuni-penghuni Api, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau letak kami bersama kaum yang zalim."
7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu lakukan untuk gantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia lempar Papan-Papan, dan dia ambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum itu telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah buatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan letak aku di kalangan kaum yang zalim."
9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
9:109. Adakah dia lebih baik, yang mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang mendirikan bangunan-nya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api Jahanam? Dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
10:85. Mereka berkata, "Kepada Allah kami tawakal. Pemelihara kami, janganlah Engkau buat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim,
11:44. Dan dikatakan, "Wahai bumi, telanlah air kamu; dan langit, berhentilah!" Dan air pun surut, dan urusan disempurnakan, dan kapal bertenggek di atas al-Judi, dan dikatakan, "Nyahlah kaum yang zalim!"
23:28. Kemudian, apabila kamu sudah duduk di dalam kapal, dan orang-orang yang bersama kamu, katakanlah, 'Segala puji bagi Allah yang selamatkan kami daripada kaum yang zalim.'
23:41. Dan Teriakan ambil mereka dengan patut, dan Kami buat mereka seperti sampah kering; maka nyahlah kaum yang zalim!
23:94. Wahai Pemeliharaku, janganlah Engkau letak aku di kalangan kaum yang zalim."
26:10. Dan apabila Pemelihara kamu panggil Musa, "Pergilah kepada kaum yang zalim (kaum Firaun)
28:21. Maka dia keluar darinya, takut-takut dan berjaga-jaga; dia (Musa) berkata, "Wahai Pemeliharaku, selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."
28:25. Kemudian datang seorang daripada keduanya kepadanya, berjalan dengan malu, dan berkata, "Bapaku seru (panggil) kamu supaya dia balas kamu dengan upah kerana kamu beri minum untuk kami." Maka apabila dia datang kepadanya, dan ceritakan kepadanya ceritanya, dia berkata, "Jangan takut; kamu selamat daripada kaum yang zalim."
28:50. Kemudian, jika mereka tidak sahut kamu, ketahuilah bahawa mereka hanya ikut keinginan mereka; dan siapakah lebih sesat daripada orang yang ikut keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
46:10. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, dan kamu tidak percaya kepadanya, dan seorang saksi daripada Bani Israil saksikan atas yang serupa dengannya, dan dia percaya, dan kamu menyombong? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim."
53:52. Dan kaum Nuh sebelum itu - sesungguhnya mereka lebih zalim, dan melampaui batas,
61:7. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah apabila dia diseru kepada islam? Dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
66:11. Allah buat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya - isteri Firaun, apabila dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”
4:75. Bagaimanakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah untuk lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan dan kanak-kanak yang dihina, yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami daripada bandaraya ini yang penduduknya zalim, dan lantikkanlah bagi kami seorang wali (pelindung) daripada sisi Engkau, dan lantikkanlah bagi kami, daripada sisi Engkau, seorang penolong."
11:102. Demikianlah itulah ambilan Pemelihara kamu, apabila Dia mengambil bandaraya-bandaraya yang zalim; sesungguhnya pengambilan-Nya pedih, keras.
18:59. Dan bandaraya-bandaraya itu, Kami musnahkan mereka apabila mereka buat zalim, dan adakan untuk kebinasaan mereka, satu janji temu.
21:11. Berapa banyaknya bandaraya yang zalim yang Kami jadikan berkecai, dan Kami tumbuhkan selepasnya kaum yang lain!
22:45. Berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan yang dalam keadaan zalim, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya! Berapa banyaknya telaga yang menjadi runtuhan, dan istana yang tinggi!
22:48. Berapa banyaknya bandaraya yang Aku telah tangguhkan yang dalam keadaan zalim; kemudian Aku ambil mereka, dan kepada-Ku kepulangan.
28:59. Namun begitu, Pemelihara kamu tidak musnahkan bandaraya-bandaraya sehingga Dia bangkitkan di ibu kotanya seorang Rasul untuk bacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan Kami tidak musnahkan bandaraya-bandaraya melainkan bahawa penduduknya zalim.
Bahagian 2:
zalim - kata
nama
Bahagian 3: zalim - kata
kerja
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman