Kalimat zalim di dalam al-Qur'an
Bahagian 3:
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "zalim" sebagai kata kerja adalah:
2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan ambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan terima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."
2:57. Dan Kami bentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.
2:231. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik; jangan tahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang buat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Jangan ambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia turunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tahu segala sesuatu.
2:272. Bukanlah atas kamu (Muhammad) jadikan mereka dapat petunjuk, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki. Dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan adalah untuk diri kamu sendiri, dan kerana demikianlah kamu nafkahkan, hanya inginkan Wajah Allah; dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan, akan dibayar kepada kamu sepenuhnya, dan kamu tidak akan dizalimi.
2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka
ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan Rasul-Nya;
namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat harta kamu dengan tidak
menzalimi, dan tidak dizalimi.
(riba)
2:281. Dan takutilah akan satu hari di mana kamu dikembalikan kepada Allah, kemudian tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah usahakan, dan mereka tidak dizalimi.
3:25. Tetapi bagaimanakah nanti apabila Kami kumpulkan mereka untuk satu hari yang padanya tiada keraguan, dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia usahakan dan mereka tidak dizalimi?
3:117. Persamaan apa yang mereka nafkahkan dalam kehidupan dunia ini seperti persamaan angin yang sangat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menzalimi diri-diri mereka sendiri, lalu ia musnahkannya; Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.
3:135. Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka mengetahuinya.
3:161. Tiadalah bagi seorang Nabi untuk dia menipu, dan sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat; kemudian tiap-tiap jiwa akan dibayar sepenuhnya apa yang ia usahakan, dan mereka tidak dizalimi.
4:40. Sesungguhnya Allah tidak akan zalimkan sebanyak seberat sebiji zarah (atom) pun, dan jika ia yang baik, Dia akan gandakannya, dan beri daripada sisi-Nya upah yang besar.
4:49. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang menyucikan diri-diri mereka? Tidak, hanya Allah sucikan siapa Dia hendaki, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
4:64. Kami tidak utus seseorang Rasul melainkan dia patut ditaati, dengan izin Allah. Jika, apabila mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, mereka datang kepada kamu, dan minta ampun kepada Allah, dan Rasul minta ampun untuk mereka, tentu mereka dapati Allah, Menerima Taubat, Pengasih.
4:77. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, "Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukan solat, dan berikan zakat"? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau tuliskan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun."
4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu hijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
4:110. Sesiapa buat jahat, atau menzalimkan dirinya sendiri, dan kemudian minta ampunan Allah, dia akan dapati Allah Pengampun, Pengasih.
4:124. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik , lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun.
4:148. Allah tidak suka kelantangan ucapan yang jahat, kecuali orang yang dizalimi; Allah Mendengar, Mengetahui.
6:160. Sesiapa yang datangkan satu yang baik, akan dapati sepuluh yang serupa dengannya; dan sesiapa yang datangkan satu kejahatan, hanya dibalas dengan yang serupa dengannya; mereka tidak dizalimi.
7:9. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri kerana menzalimkan ayat-ayat Kami.
7:23. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak ampunkan kami dan kasihani kami, tentu kami jadi antara orang-orang yang rugi."
7:103. Kemudian Kami bangkitkan, sesudah mereka, Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka menzaliminya; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahan orang-orang yang buat kerosakan.
7:160. Dan Kami potong mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami wahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. Dan Kami bentangkan awan untuk teduhkan mereka, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.
7:177. Satu persamaan yang buruk ialah persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Kami, dan diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.
8:60. Siapkanlah untuk mereka apa sahaja kekuatan dan barisan-barisan kuda yang kamu dapat, untuk menakutkan dengannya musuh Allah dan musuh kamu, dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak tahu. Allah tahu mereka. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan di jalan Allah akan dibayar kepada kamu sepenuhnya; kamu tidak dizalimi.
9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia cipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itu agama yang betul, maka jangan zalimkan diri-diri kamu (sesama sendiri) padanya. Dan perangilah orang-orang yang sekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.
9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan penduduk Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.
10:44. Sesungguhnya Allah tidak menzalimkan manusia sedikit pun, tetapi diri-diri mereka sendiri manusia zalimkan.
10:47. Tiap-tiap umat ada Rasulnya; kemudian apabila Rasul mereka datang, dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.
11:101. Dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri. Tuhan-tuhan mereka tidak berguna bagi mereka, yang mereka seru selain daripada Allah, sedikit pun, apabila perintah Pemelihara kamu datang; dan mereka tidak menambah bagi mereka, kecuali dalam kebinasaan.
14:45. Dan kamu tinggal di tempat-tempat tinggal orang-orang yang menzalimi diri-diri mereka sendiri, dan menjadi jelas bagi kamu bagaimana Kami lakukan terhadap mereka, dan bagaimana Kami adakan persamaan-persamaan bagi kamu."
16:28. Yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri." Kemudian mereka lemparkan ketundukan, "Kami tidak buat jahat." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah tahu apa kamu buat,
16:33. Adakah mereka menanti-nanti, melainkan bahawa malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau datang perintah Pemelihara kamu? Begitulah orang-orang sebelum mereka telah buat, dan Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.
16:41. Dan orang-orang
yang hijrah kerana Allah setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan tempatkan mereka di dunia di penempatan yang baik, dan upah akhirat adalah
lebih besar jika mereka tahu,
16:111. Pada hari tiap-tiap jiwa datang berdebat untuk dirinya sendiri; dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah buat, dan mereka tidak dizalimi.
16:118. Dan orang-orang Yahudi, Kami telah haramkan mereka apa yang Kami ceritakan kepada kamu sebelumnya, dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.
17:59. Tiada yang halangi Kami daripada mengutus ayat-ayat melainkan bahawa orang-orang dahulu kala telah mendustakannya; dan kami beri Tsamud unta betina, yang dapat dilihat, tetapi mereka menzaliminya. Dan Kami tidak utus ayat-ayat melainkan untuk menakut-nakutkan.
17:71. Pada hari Kami seru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan baca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
18:33. Masing-masing daripada dua kebun itu memberikan hasilnya, dan tidak menzalimkan daripadanya sedikit pun; dan Kami pancarkan di celah-celahnya sebuah sungai.
18:35. Dan dia masuk kebunnya, dengan menzalimi dirinya sendiri; dia berkata, "Aku tidak sangka ini akan binasa selama-lamanya,
18:49. Dan Kitab diletakkan; dan kamu lihat orang-orang yang berdosa ketakutan pada apa yang di dalamnya, dan berkata, "Celakalah kami! Bagaimanakah dengan Kitab ini, bahawa ia tidak tinggalkan sesuatu di belakang, kecil atau besar, tetapi ia jumlahkannya?" Dan mereka dapati apa yang mereka telah buat hadir, dan Pemelihara kamu tidak menzalimkan sesiapa pun.
19:60. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik ; mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,
21:47. Dan Kami letak timbangan yang adil untuk Hari Kiamat, supaya tiada sesuatu jiwa dizalimi sedikit pun; sekalipun ia seberat sebutir biji sawi, Kami datangkannya, dan cukuplah Kami sebagai penghitung.
22:39. Diizinkan kepada orang-orang yang memerangi kerana mereka dizalimi; sesungguhnya Allah berkuasa untuk menolong mereka,
23:62. Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada sebuah Kitab yang berkata benar, dan mereka tidak akan dizalimi.
27:44. Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana." Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam."
28:16. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunkanlah aku." Maka Dia ampunkannya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.
29:40. Masing-masing Kami ambil kerana kesalahannya; dan antara mereka, kepada sebahagian, Kami utus angin ribut yang mengandungi batu, dan sebahagian diambil oleh Teriakan, dan sebahagian Kami buatkan bumi telan mereka, dan sebahagian Kami tenggelamkan; Allah tidak menzalimkan mereka tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.
30:9. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan, dan mereka membajak bumi dan memakmurkannya dengan lebih banyak daripada apa yang mereka sendiri makmurkan; dan Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; dan Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.
34:19. Tetapi mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami"; dan mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, maka Kami buat mereka hadis, dan Kami hancurkan mereka berkecai. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.
35:32. Kemudian Kami wariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar.
36:54. Maka pada hari ini, tiada jiwa dizalimi sedikit pun, dan tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu buat.
38:24. Berkata, "Sesungguhnya dia menzalimi kamu dengan meminta biri-biri betina kamu untuk menambahkan biri-biri betinanya; dan sesungguhnya, kebanyakan orang yang bercampur (berkongsi) menyalahi satu sama lain, kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik - dan mereka adalah sedikit!" Dan Daud sangka Kami mengujinya; lalu dia minta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan.
39:69. Dan bumi bersinar dengan cahaya Pemeliharanya, dan Kitab diletakkan, dan para Nabi dan para saksi didatangkan, dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.
40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang sesudah mereka; dan Allah tidak hendak zalimkan hamba-hamba-Nya.
42:41. Dan sesiapa yang menolong dirinya sendiri setelah dia dizalimi - terhadap mereka tidak ada jalan.
42:42. Jalan hanyalah terhadap orang-orang yang menzalimkan manusia, dan mereka angkuh di bumi dengan cara yang salah; bagi mereka, azab yang pedih.
43:76. Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka sendiri adalah orang-orang zalim.
45:22. Allah cipta langit dan bumi dengan benar, dan supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa yang ia usahakan, dan mereka tidak akan dizalimi.
46:19. Dan semua ada darjat mengikut apa mereka buat, dan supaya Dia bayar mereka sepenuhnya kerana amalan-amalan mereka, dan mereka tidak dizalimi.
65:1. Wahai Nabi, apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikan mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Jangan keluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga biarkan mereka keluar, kecuali mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Itu had-had (hudud) Allah; sesiapa mencabuli had-had Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak tahu mungkin setelah itu Allah adakan perkara yang baru.
Bahagian 1:
zalim -
sifat
Bahagian 2: zalim - kata nama
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman