Kejutan, seharusnya kejutan!

 

Berita Harian 24 Jun 1987

 

Empat perkara menarik perhatian dalam berita di atas, iaitu:

1. Terpengaruh dengan fahaman orientalis Barat

2. Mempertikaikan hadis dan sunnah Rasul

3. Tidak percayai mukjizat Nabi

4. Kenyataan Y.B: "Sepatutnya kita hendaklah menumpukan sepenuh masa dan tenaga untuk membangunkan masyarakat dan negara bukan membuang masa dengan perkara-perkara seperti itu dan sekiranya terlanjur eloklah kita kembali kepada jalan Allah dengan sebaik-baiknya"

Sudah tentu perkara-perkara seperti penolakan hadis, sunnah dan mukjizat Nabi jadi kejutan bagi orang Melayu pada ketika itu. Mereka harus ditenteramkan oleh pemimpin yang bertanggungjawab lalu terbitlah berita di atas.

Penulis akan mengupas tiap-tiap perkara tersebut.

1. Terpengaruh dengan fahaman orientalis Barat

Gelaran pertama, di negara ini, yang diberi terhadap orang-orang yang berpegang pada al-Qur'an sahaja adalah "orientalis Barat". Sungguh, ini adalah jalan mudah untuk menakut-nakutkan rakyat (Ketika itu gelaran "antihadis" belum dipakai lagi).

Golongan yang berpegang pada al-Qur'an sahaja sudah wujud pada zaman Imam Shafie. Mereka dipanggil  "Ahlul al Qalam", dan tentu sekali mereka bukanlah orang-orang orientalis Barat.

Yang mendorong seseorang menolak hadis tulisan manusia hanyalah al-Qur'an.

Shafie telah berjaya dapat sambutan dengan fahamannya mungkin kerana kuasa politik yang menyebelahinya. 

Akan tetapi, rintangan paling besar yang dihadapi oleh penyebar al-Qur'an adalah rakyat sendiri kerana kebanyakan mereka tidak percaya. Firman-Nya, "Maka jangan kamu dalam keraguan daripadanya; ia (al-Qur'an) adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai" (11:17)

Balik ke atas


2. Mempertikaikan hadis dan sunnah Rasul

Semua orang, termasuk ulama, menolak hadis. Mana yang tidak disukainya ditolak. Lain mazhab atau golongan, maka lain pula hadis dan sunnahnya. Mereka bercanggah.

Menuruti ajaran hadis atau sunnah tidak bererti mentaati Nabi, tetapi hanya menuruti apa yang dikatakan, dan ditulis, oleh orang lain, bukan Nabi. Orang-orang yang menulisnya pula hidup beratus tahun selepas Nabi.

Masalahnya bukan tidak ikut hadis tetapi tidak ikut al-Qur'an. Renungkanlah ayat ini:

"Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan" (4:82).

Sila rujuk artikel "Sepuluh Soalan" dan "Kalimat hadis di dalam al-Quran". Terima kasih.

Balik ke atas


3. Tidak percayai mukjizat nabi

Orang-orang di sekeliling Nabi telah bertanya seperti diriwayatkan Tuhan berbunyi:

"Mengapa tiada ayat (mukjizat) diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?' Katakanlah (Muhammad), 'Sesungguhnya Allah berkuasa untuk turunkan satu ayat, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.'" (al-Qur'an 6:37)

Orang-orang disekeliling Nabi telah bertanya lagi. Sekali lagi Tuhan menyatakan:

"Mereka berkata, 'Mengapakah ayat-ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?' Katakanlah, 'Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah, dan aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas. 
Apa, adakah tidak mencukupi bagi mereka bahawa Kami turunkan kepada kamu al-Kitab yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu pengasihan, dan satu peringatan bagi kaum yang percayai." (29:50-51)

Oleh yang demikian, orang-orang di sekeliling Nabi mengetahui bahawa baginda tidak lakukan sebarang mukjizat. Mereka diberitahu mukjizat Nabi hanya satu, iaitu al-Qur'an.

Akan tetapi bagi orang-orang sekarang, lain pula ceritanya. Mereka mengetahui Nabi telah lakukan banyak mukjizat. Siapa pula yang ceritakannya?

Balik ke atas


4. Kenyataan Y.B.:"Sepatutnya kita hendaklah menumpukan sepenuh masa dan tenaga untuk membangunkan masyarakat dan negara bukan membuang masa dengan perkara-perkara seperti itu dan sekiranya terlanjur eloklah kita kembali kepada jalan Allah dengan sebaik-baiknya"

Untuk kembali kepada jalan Allah adalah dengan ikut ajaran al-Qur'an. Ajaran al-Qur'an bukanlah suatu yang remeh atau berat. Hanya baca dan ikut satu buku, yang menjamin kesejahteraan rakyat khususnya orang Melayu. 

Usaha membangunkan orang Melayu sejak tahun 80an dulu nampaknya tidak begitu berjaya kerana keadaan jadi lebih buruk akibat perpecahan dan pengaruh agama yang kuat. Andaikata sejak tahun-tahun itu orang Melayu diberi peluang untuk menuruti ajakan balik kepada al-Qur'an mungkin keadaan tidak jadi begitu keruh seperti yang didapati sekarang.

Balik ke atas

 

Keratan Akhbar


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan  Penemuan
Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman