Bodoh
di dalam al-Qur'an

 

Allah telah kemukakan amanat-Nya kepada manusia lalu ia bersetuju memikulnya. Langit, bumi, dan gunung-gunung juga telah dikemukakan yang sama tetapi mereka enggan. Dengan penerimaan itu manusia dikatakan menganiaya diri sendiri dan amat bodoh.

Namun begitu, manusia diberi pilihan. Antara mereka, lelaki dan perempuan, memilih untuk menjadi mukmin terhadap amanat tersebut, sementara yang lain, lelaki dan perempuan juga, memilih jadi munafik dan penyekutu Allah. Mereka yang mukmin akan selamat, kerana taubat mereka diterima, tetapi dua golongan yang lain tersebut akan menerima azab daripada Allah. Firman-Nya,

"Kami kemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan memikulnya; dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh.
Supaya Allah azab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang sekutukan dan orang-orang perempuan yang sekutukan; dan supaya Allah terima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah Pengampun, Pengasih." (33:72-73)

 

Manusia dianggap amat bodoh kerana lakukan kesalahan atas amanat Allah yang diterima. Beberapa kesalahan mereka disenaraikan di bawah ini:

 

Bodoh, menurut al-Qur'an, adalah juga kerana tanpa pengetahuan. Orang-orang bodoh kerana tanpa pengetahuan lakukan kesalahan-kesalahan, antaranya, adalah:

Atas kesalahan itu Nabi Nuh memohon ampun berbunyi "Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau supaya aku tidak tanya Engkau apa yang aku tiada pengetahuan mengenainya; kerana jika Engkau tidak ampuni aku, dan tidak kasihani aku, tentu aku jadi antara orang-orang yang rugi" (11:47).

 

Demikianlah antara ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan bodoh. Pun begitu, orang-orang yang tanpa atau tiada pengetahuan disebut lagi di dalam al-Qur'an, iaitu yang tiada pada ayatnya perkataan tersebut. Mereka didapati lakukan amalan-amalan yang salah seperti di bawah:

Bersangkutan dengan sifat tanpa pengetahuan ialah tidak tahu. Orang-orang yang tidak tahu turut disebut di dalam al-Qur'an, dan antara amalan yang dilakukan oleh mereka adalah:

 

Masih lagi menyebut ayat-ayat yang tidak mengandungi kalimat bodoh untuk memperkatakan pula mengenai orang-orang yang tahu (berlawanan dengan tidak tahu atau tanpa pengetahuan) akan kejahatan yang dibuat oleh mereka. Kejahatan-kejahatan yang dimaksudkan adalah:

 

Kembali kepada ayat-ayat yang mempunyai perkataan bodoh. Menurut kamus Melayu pula, bodoh bererti sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol. Pengertian tersebut dapat disesuaikan dengan dua ayat berbunyi,

"Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi," (2:282) dan,

"Tetapi janganlah kamu beri orang-orang bodoh harta mereka yang Allah lantik kamu untuk mengurusnya; berilah rezeki untuk mereka, dan pakaian mereka daripadanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik." (4:5)

Ayat pertama adalah mengenai pengurusan dalam perdagangan, dan yang kedua, pengurusan harta anak yatim.

 

Selanjutnya daripada al-Qur'an dapat difahamkan bahawa orang-orang bodoh, yang tidak sedar diri-diri mereka bodoh, memanggil orang-orang yang percaya kepada Allah dan ayat-ayat-Nya sebagai bodoh pula! Firman Allah,

"Apabila dikatakan kepada mereka, 'Percayalah sebagaimana manusia percaya', mereka berkata, 'Adakah kami akan percayai sebagaimana orang-orang bodoh percaya?' Sesungguhnya, merekalah orang-orang bodoh, tetapi mereka tidak tahu." (2:13)

Kebodohan serupa ini dapat dikesan sedang melepak di kalangan sesetengah ahli masyarakat di sini.

 

Orang-orang bodoh harus dimaafkan, disuruh buat baik, dan kemudian dijauhi. Sebelum mereka ditinggalkan oleh orang-orang yang percaya, yang rendah hati, mereka diucapkan "Salam". Demikianlah itu adalah suruhan Allah:

"Maafkanlah, dan suruhlah apa yang baik, dan berpalinglah daripada orang-orang bodoh." (7:199)

"Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, 'Salam'" (25:63).

 

Manusia buat jahat. Antara kejahatan mereka, ada yang dilakukan semasa berada dalam keadaan bodoh atau jahil. Kejahatan serupa itu diampunkan dosanya asal saja mereka bertaubat dan membetulkan diri-diri mereka. Dua ayat berikut menjelaskan:

"Allah hanya terima taubat orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan terima taubat mereka, dan Allah Mengetahui, Bijaksana." (4:17) dan,

"Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih." (16:119)

Contoh kejahatan tersebut terdapat dalam sebutan beri salam. Allah telah ajar sebutan beri salam yang dihendaki-Nya, dan orang-orang yang beri salam selain daripada ajaran-Nya harus bertaubat serta membetulkan kesilapan mereka. Firman Tuhan,

"Dan apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, 'Salamun alaikum (Sejahtera ke atas kamu).' Pemelihara kamu tuliskan (tetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu buat jahat dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih." (6:54)

 

Perbuatan orang-orang bodoh boleh musnahkan diri-diri mereka sendiri dan juga orang-orang lain di sekitar mereka, seperti kemusnahan akibat gempa bumi. Mereka merupakan satu cubaan bagi yang lain. Dengan cubaan itu Allah sesatkan siapa Dia hendaki, dan beri petunjuk siapa Dia hendaki. Iktibar diambil daripada cerita Nabi Musa apabila terdapat antara ahli kaumnya ingin melihat Tuhan, seperti disebut di dalam ayat berbunyi,

"Dan Musa pilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi ambil mereka, dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau hendak, tentu Engkau musnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan musnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau sesatkan siapa yang Engkau hendaki, dan beri petunjuk siapa yang Engkau hendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.'" (7:155)

 

Kepada Allah bertaubat, dan dipohon supaya tidak jadi orang bodoh. Sebuah doa yang pendek untuk jauhkan diri daripada kebodohan telah diajar berbunyi, "Aku berlindung pada Allah daripada aku jadi antara orang-orang bodoh" (2:67). Justeru, manusia berdoa sambil jadi orang-orang mukmin (yang percayai) terhadap ayat-ayat-Nya, iaitu amanat yang diterima untuk dipikul suatu ketika dahulu.


Penulis Bacaan
Januari 2009


Artikel / English Articles
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman