Ibadah dan Menyembah Allah

 

Nabi Ibrahim telah memecahkan, sehingga jadi kepingan-kepingan kecil, patung-patung yang dijadikan tuhan-tuhan oleh bapa dan kaumnya, kecuali satu yang besar. Patung-patung tersebut disembah dengan tekun, menurut kata-kata mereka sendiri, "Kami sembah patung-patung, dan tetap bertekun padanya" (26:71).

Sehubungan itu baginda Nabi telah berdoa "Wahai Pemeliharaku, buatkan tanah (negeri) ini aman, dan jauhkan aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung." (14:35)

Apa yang menarik di sini ialah perkataan menyembah. Ia diterjemah daripada kalimat ya'budu yang turut diguna bagi perkataan sembah pertama di dalam al-Qur'an berbunyi,

"Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami mohon pertolongan." (1:5)

Turut menarik ialah perkataan bertekun. Di situ bertekun pada patung-patung. Dalam agama Allah pun ada amalan bertekun, tetapi dilakukan di Rumah-Ku, di Masjidil Haram dan di masjid. Dua yang pertama dilakukan semasa Haji dan yang ketiga pada bulan Ramadan:

"Dan apabila Kami buatkan Rumah untuk jadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, 'Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat.' Dan Kami buat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, 'Bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.'" (2:125)

"Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah dan Masjidil Haram, yang Kami buatkan sama kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa tidak hendak hormatinya dengan kezaliman, Kami akan rasakan kepadanya azab yang pedih." (22:25)

"Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun di masjid (tempat sujud). Itu had-had (hudud) Allah; jangan keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa." (2:187)


Allah disembah. Kepada-Nya sahaja dipohon pertolongan, yang merupakan satu amalan dalam menyembah-Nya. Ayat tersebut dikukuhkan lagi dengan ayat lain, menjelaskan bahawa orang-orang yang tidak buat demikian adalah hanya menyombong daripada menyembah-Nya:

"Pemelihara kamu berkata, 'Serulah kepada-Ku, dan Aku akan sahut kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina.'" (40:60)

Oleh itu amalan pertama yang disebut dalam menyembah Allah boleh diringkaskan seperti berikut:


Perkataan sembah dan yang berkaitan diterjemah daripada kalimat 'abada yang antara terbitannya ialah 'ibadah. Ibadah diertikan kepada menyembah atau penyembahan. Beberapa contoh ayat mengandunginya diturunkan di bawah:

"Al-Masih tidak akan pandang rendah untuk menjadi seorang hamba Allah, dan tidak juga malaikat-malaikat yang berkedudukan dekat dengan-Nya. Sesiapa pandang rendah untuk menyembah-Nya, dan menyombong, Dia pasti akan kumpulkan mereka kepada-Nya, kesemua mereka." (4:172)

"Sesungguhnya orang-orang yang di sisi Pemelihara kamu tidak sombong untuk menyembah-Nya; mereka lafazkan sanjungan-Nya, dan kepada-Nya mereka sujud." (7:206)

"Pemelihara langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya. Maka sembahlah Dia, dan sabarlah kamu dalam penyembahan kepada-Nya; adakah kamu tahu sesiapa yang boleh dinamakan dengan nama-Nya?" (19:65)

"Katakanlah, 'Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang harapkan pertemuan dengan Pemeliharanya buat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak sekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun.'" (18:110)

Maka ibadah, dalam bahasa al-Qur'an, adalah menyembah(-Nya). Amalan-amalan dalam ibadah atau menyembah-Nya yang ditampilkan di sini dicungkil daripada ayat-ayat mengandungi kalimat 'abada yang daripadanya dan terbitannya diterjemah kepada sembah, menyembah, atau penyembahan. Sayugia diingatkan iaitu orang-orang yang tidak menyembah-Nya adalah mereka yang menyombong, telah disebut beberapa kali. Dan bahawa dalam penyembahan kepada-Nya manusia harus sabar.

Empat ayat yang baru diturunkan namakan lagi amalan-amalam dalam ibadah atau menyembah-Nya, diringkaskan seperti di bawah:

Ingin menyentuh sedikit mengenai sujud yang didapati disebut lagi di dalam ayat-ayat sembah. Ayat-ayat yang dimaksudkan berbunyi,

"Wahai orang-orang yang percaya, tunduklah kamu dan sujudlah kamu, dan sembahlah Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung." (22:77)

"Maka kamu sujudlah kepada Allah, dan sembahlah!" (53:62)

Sujud dan sembah diperlihatkan berpasangan. Walaupun antara kesemua kalimat sujud yang hadir di dalam al-Qur'an ada yang boleh difahamkan tidak bermaksud seperti sujud dalam solat, misalannya, namun terdapat juga satu fahaman menyatakan sujud tidak langsung bermaksud seperti sedia maklum. Lalu orang-orang yang mengikutinya tidak jatuh bersujud kepada-Nya. Walhal terdapat ayat mengisahkan orang-orang yang tidak boleh lakukan sujud apabila diseru pada hari akhirat, kerana dihalang betis mereka. Penjelasan lanjut dapat dibaca di bawah ini:

"Pada hari apabila betis disingkap, dan mereka diseru untuk bersujud, tetapi mereka tidak boleh. Pandangan mereka merendah, kehinaan menutupi mereka, kerana mereka telah diseru untuk bersujud sedang mereka sejahtera." (68:42-43)

Manusia telah diseru untuk bersujud sedang mereka sejahtera (di dunia). Manakala tunduk, atau rukuk, dan buat kebaikan telah turut disebut bersama sujud dalam ayat menyembah Allah tadi. Tentang buat kebaikan, ia merupakan tambahan kepada buat amalan kebaikan yang telah disebut. Ia ditambah lagi dengan satu ayat, kali ini buat kebajikan pula disarankan. Firman-Nya,

"Dan lantik mereka menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberi zakat, dan Kami mereka sembah." (21:73)

Ayat turut mengandungi amalan solat dan zakat. Mereka didapati sudah berzaman lamannya diperintah untuk dilakukan. Lazimnya mereka muncul seiring seperti di dalam ayat-ayat berikut:

"Dan apabila Kami ambil perjanjian Bani Israil: 'Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan buat baik kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakan yang baik kepada manusia, dan lakukan solat, dan berikan zakat.' Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu palingkan." (2:83)

"Mereka diperintah hanya untuk sembah Allah, dengan menuluskan agama untuk-Nya, orang-orang yang lurus, dan untuk melakukan solat, dan memberi zakat - itulah agama yang betul." (98:5)

Solat dilakukan untuk mengingati Allah, menurut ayat di bawah. Maka mengingati Allah jadi satu lagi amalan dalam menyembah atau ibadah kepada-Nya. Sila rujuk Zikir ajaran al-Qur'an. Terima kasih.

"Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk mengingati Aku." (20:14)


Menoleh ke belakang kepada ayat menyuruh buat baik terhadap orang-orang tertentu bagi Bani Israil. Suruhan yang serupa dicatat lagi tapi dengan sedikit tambahan, berbunyi,

"Sembahlah Allah, dan janganlah sekutukan sesuatu dengan-Nya. Buat baik kepada ibu bapa, dan kepada sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran yang kerabat, dan jiran yang tidak dikenali, dan teman di sebelah kamu, dan musafir, dan apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong, membanggakan diri," (4:36)


Daripada tujuh ayat sembah yang baru diturunkan dapat difahamkan amalan-amalan berikut yang sekali gus menambah kepada senarai amalan dalam penyembahan kepada-Nya atau ibadah:


Diteruskan dengan menampilkan ayat menurut kronologi atas perkara berkaitan amalan-amalan dalam menyembah Allah daripada ayat-ayat mengandungi kalimat 'abada dan terbitannya seperti ya'budu (beberapa contoh sudah dirakam di atas), u'bud dan 'abid. Sila rujuk kalimat Sembah ('abada) di dalam al-Qur'an. Ayat dimaksudkan berbunyi,

"Wahai orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah." (2:172)

Makan benda-benda yang baik, dan ayat menyusul menyebut halal pula:

"Maka makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah." (16:114)


Ayat seterusnya menyebut tentang pengharaman, atau tidak mengharamkan selain diharamkan Allah, berbunyi,

"Orang-orang yang sekutukan berkata, 'Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak sembah, selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami haramkan, selain daripada Dia, sesuatu.' Begitulah orang-orang sebelum mereka telah buat; tiadalah atas Rasul-Rasul, melainkan untuk sampaikan yang jelas." (16:35)


Kemudian al-Qur'an pula disebut sebagai Kitab dalam penyembahan kepada Allah. Terdapat dua ayat ke atasnya, iaitu:

"Sesungguhnya di dalam ini (al-Qur'an) adalah satu penyampaian bagi kaum yang menyembah." (21:106)

"Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar; maka sembahlah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya." (39:2)


Sebelum menamatkan pendapat di sini, diturunkan tiga ayat, untuk mengingatkan tentang menakuti-Nya, tidak buat kerosakan di bumi, dan berterima kasih kepada-Nya:

"Dan Ibrahim, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sembahlah Allah, dan takutilah Dia; itu lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu." (29:16)

"Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, 'Wahai kaumku, sembahlah Allah, dan kamu harapkanlah Hari Akhir, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan.'" (29:36) dan,

"Tidak, tetapi Allah yang hendaklah kamu sembah; dan jadilah kamu di kalangan orang-orang berterima kasih." (39:66)


Di dalam lapan ayat yang baru diketengahkan terdapat lapan perkara atas ibadah atau penyembahan kepada Allah yang diringkaskan seperti berikut:


Diakhiri dengan dua ayat sembah sebagai peringatan terhadap ketakwaan dan jalan lurus. Ayat-ayat berbunyi,

"Wahai manusia, sembahlah Pemelihara kamu yang mencipta kamu, dan orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa," (2:21)

"Sesungguhnya Allah, Dia Pemeliharaku dan Pemelihara kamu; maka sembahlah Dia; inilah jalan lurus." (43:64)


Allah disanjung!


Penulis Bacaan
6.9.11


Artikel / English Articles
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman