Berguru dan Mutasyabihat
From: <IsMis140700@...........>
Subject: Soalan
Date: Wednesday, February 05, 2003 3:45 PM
saya nak tanya. Dalam Al-quran ada sebut alif lam mim, sad, nun dll. Tu semua apa maksudnya. Sebab apa, yang saya faham dari ajaran saudara Al quran adalah kitab yang amat jelas tak perlu berguru untuk mengetahuinya. Tapi yang ini saya tak tahu jugak. Banyak jugak ayat-ayat lain yg saya tak tahu. Saya pun pelik..
Khamis
Kami mula dengan meminta bukti kepada kenyataan "saya faham dari ajaran saudara Al quran adalah kitab .... tak perlu berguru untuk mengetahuinya." Sila tunjukkan di mana, di laman web ini, yang kami telah berkata seperti itu. Kami yakin bukti yang kami minta itu tidak dapat ditunjukkan. Lantas, mengapa menipu diri sendiri?
Al-Qur'an mengandungi pelbagai ilmu. Justeru, beberapa orang guru diperlukan untuk memahami kandungannya. Seperti guru bahasa Arab untuk menterjemahkan bahasa Arab kepada bahasa Melayu, atau guru sejarah untuk mengetahui dengan lebih lanjut beberapa faktor sejarah yang disebut di dalamnya, atau guru sains untuk menjelaskan pengetahuan sains yang terkandung di dalamnya - sekadar namakan tiga jenis guru yang diperlukan untuk memahami kandungan al-Qur'an.
Namun, kami percaya bahawa Guru al-Qur'an sebenar ialah Tuhan, seperti firman-Nya yang berbunyi "Yang Pemurah, ajar al-Qur'an" (55:1-2). Dia ajar manusia dengan pena (96:4). Dan, kepada-Nya hendaklah dipohon supaya pengetahuan mengenai al-Qur'an dapat ditambahkan (20:114). Dengan buat demikian, kami percaya, akan didatangkan-Nya guru-guru yang dicari, yang mengajar dengan pena khasnya.
Walau bagaimanapun, kami tidak menafikan iaitu guru, atau tok guru, ada disebut di laman web ini. Antara yang disebut adalah:
Turut disebut ialah hal pengajaran tok guru di sekolah pondok (Islam from Institusi Pondok) dan guru atau pensyarah agama di masjid dan syarahan agama (Islam dari masjid-masjid dan majlis-majlis syarahan).
Tidak dinafikan juga bahawa kami ada menyebut mengenai orang-orang yang mengambil upah dalam pengajaran agama, yang kerana ambilan upah itu, mereka tidak dapat petunjuk yang benar daripada Allah. Kami juga telah mencatatkan ayat Allah yang berkaitan, berbunyi:
"Ikutlah orang yang tidak minta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar." (36:21)
Akan tetapi, kami atau penulis-penulis lain di laman web ini, tidak pernah menyatakan "tak perlu berguru ...." seperti yang didakwa oleh penulis surat.
Selain daripada itu, kami ingin memaklumkan kepada penulis surat khasnya bahawa yang mengatakan al-Qur'an itu amat jelas adalah Tuhan sendiri, bukan kami. Sekiranya dia telah membaca tulisan kami dengan bacaan sebenar tentu dia dapati beberapa buah ayat yang kami sebut sebagai rujukan, seperti ayat 15:1, 27:1 dan 36:69. Kami hairan mengapa dia buat tuduhan yang membabi buta seperti itu.
Kami juga dapati penulis surat beranggapan bahawa sekiranya dia tidak tahu sesuatu, maka orang lain pun turut tidak tahu. Atau, dia beranggapan bahawa sekiranya tidak tahu alif lam mim dan sebagainya maka al-Qur'an itu tidak difahami.
Maafkan kami kerana bertanya di sini - guru manakah yang telah mengasuhnya sehingga miliki mentaliti setinggi itu?
Sekali lagi, di laman web ini, kami menyatakan iaitu ayat-ayat alif lam mim dan sebagainya adalah, pada hemat kami, jenis mutasyabihat yang berbahaya untuk dicari-cari takwilnya. Kami telah pun jelaskannya dahulu (sila rujuk e-mail Mutasyabihat). Pun begitu, kami turunkan ayat yang berkaitan di sini:
"Dia yang turunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat. Itu ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat. Bagi orang-orang di dalam hati mereka menyimpang, mereka ikut yang mutasyabihat daripadanya untuk inginkan pertikaian, dan inginkan interpretasinya. Tiada yang tahu interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang dalam dalam pengetahuan berkata, 'Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami'; dan tiada yang ingat, kecuali orang-orang empunya minda." (3:7)
Ayat-ayat mutasyabihat adalah bukan kandungan utama al-Qur'an. Mereka tidak mengandungi suruhan dan larangan dalam agama seperti ayat muhkamat. Sebaliknya, mereka mengandungi ilmu pengetahuan yang mendalam (tetapi bukan mistik). Contoh ayat-ayat tersebut adalah 2:29 dan 41:12 mengenai atmosfera, atau ayat 55:19-20 mengenai barzakh yang memisahkan dua laut, yang dijelaskan di bahagian Penemuan laman web ini bersama beberapa yang lain.
Orang zaman dahulu tidak dapat menjelaskan ayat-ayat mutasyabihat seperti yang disebut kerana perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat belum dinikmati mereka.
Kini, didapati satu demi satu ayat yang dahulunya dikatakan mutasyabihat dapat dijelaskan oleh orang-orang yang berpengetahuan yang mengkajinya. Begitu juga dengan alif lam mim dan huruf-huruf lain yang dijadikan ayat. Sudah ada pihak yang telah mencari pengertian ke atasnya dengan menggunakan komputer. Hasil daripada kajiannya, pada hemat kami, ada yang munasabah. Akan tetapi, pihak yang berkenaan telah pergi jauh dari situ, sehingga menganggap diri sebagai seorang Rasul lalu menimbulkan pertikaian. Mungkin di situ terletak satu contoh atas apa yang dikatakan "bahaya" dalam mencari takwil bagi ayat mutasyabihat.
Balik kepada jenis guru yang dimaksudkan oleh penulis surat. Adakah antara mereka yang dapat beri penjelasan kepada ayat-ayat mutasyabihat seperti yang terdapat di bahagian "Penemuan" laman web ini? Adakah antara Imam Besar dalam Islam yang beri penjelasan atau buat kajian seperti itu?
Atau, adakah antara guru itu yang mengajar ayat-ayat muhkamat pula, seperti cara beri salam yang begitu mudah lagi diberkati Allah? Atau, ayat-ayat yang menunjukkan Nabi pandai membaca dan menulis?
Maka janganlah berasa pelik kerana tidak tahu. Hanya diri sendiri yang harus dipersalahkan atas pilihan yang dibuat dan tindakan yang diambil. Dan, berdoalah seperti orang-orang yang mengkaji al-Qur'an berdoa:
"Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan." (20:114)
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman